Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Amalkan Memberi Tips Dengan Niat Sedekah

$
0
0
Salam ...

Salam Jumaat buat semua. Hari ni nak share pasal bagi tips. Tak kisah lah banyak mana pun tips kita nak bagi, beberapa sen ke seringgit dua ke, kita niatkan sedekah :)

Sekadar Hiasan. Amalkan Memberi Tips Dengan Niat Sedekah
Sekadar Hiasan.

Kenapa sebut bagi tips tak sebut sedekah? Biasa sedekah untuk fakir miskin, anak yatim dan pusat tahfiz kan? Bagi tips pula pada orang yang menghantar barang dan memberi perkhidmatan kepada kita.

Sekarang ni semuanya mahal, yang bekerja pun kadang-kadang terdesak juga especially pekerja yang gajinya rendah. Tapi kita taklah cakap pada dia kita sedekah, kita niat dalam hati sudah lah, just bagitahu mereka pemberian tu sekadar tips.

Yang dapat tips pun, janganlah anggap yang memberi tu pandang rendah pula. Anggap sahaja sebagai tips atas servis yang korang beri. Anggap sahaja yang tu rezeki walaupun nilainya sikit, tapi kalau ramai yang bagi tips, banyak jugalah kan.

Biasanya kita bagi tips pada penghantar pizza dan pekerja hotel kan? Apa kata kita bagi tips pada yang lain juga. BW listkan beberapa, korang pun bagi lah idea juga yer :)

1. Penghantar Makanan

Ini rasanya memang ramai yang bagi tips kan. Penghantar makanan seperti pizza delivery, McD delivery dan lain-lain restoran lagi. Ada sesetengah premis makanan kenakan caj penghantaran. Tapi apa salahnya lebihkan sedikit sebagai tips untuk delivery boy tu.

2. Pekerja Hotel

Ini pun ramai yang dah biasa bagi tips. Tips diberi pada pekerja hotel yang tolong hantar beg dan juga pekerja cleaner. Untuk pekerja cleaner tu biasanya kita letak duit bawah cadar atau dalam toilet kan. Jangan letak bawah bantal tau, nanti dapat kat supervisor yang cek hotel semasa check out.

3. Penghantar Bungkusan

Jom kita amalkan bagi tips pada posmen pula. Posmen yang hantar surat di mailbox, tak dapatlah nak bagi tips kan. So, kita bagi tips pada penghantar bungkusan berdaftar. Maybe ada pekerja yang akan terkejut dapat tips. Walaupun tips yang kita bagi sedikit, tapi kalau ramai yang beri, boleh lah mereka tambah pendapatan.

4. Penghantar Gas

Kesian kan pada penghantar gas, dah lah naik motor ajer angkut beberapa biji tong gas sekali gus lak tu. Nak angkat gas pun berat. So, bagilah tips sikit kat diorang. Sorang sikit, lama-lama jadi bukit. Baru lah laju dia hantar gas kalau kita order :)

5. Pekerja Bengkel

Apa kata lepas kita bayar bil tu, kita pergi kat pomen yang repair/ servis kereta kita tu, kita hulurlah sikit kan. Gaji pomen bukan banyak mana pun, nak nak pekerja yang baru, kerja diorang susah pula tu.

6. Cleaner Food Court

Untuk cleaner food court pula bolehlah tinggal bawah pinggan/ mangkuk yer bila dah habis makan. Nanti clenaer tu angkat pinggan/ mangkuk kotor tu, dia akan ambil. Disarankan letak duit syiling lah, kalau duit kertas, nampak dari jauh, orang lain pula yang ambil.

7. Cleaner Toilet

Agak susah nak bagi tips pada cleaner toilet. Kalau kita tinggal duit dalam toilet nanti orang lain selepas kita pula yang ambil. Kalau terserempak dengan cleaner boleh la beri tips pada mereka. Boleh juga letak tips pada bilik simpanan barang cleaning diorang kot. Bolehlah bagi tips beberapa kali dalam sebulan. Kalau bagi tips setiap kali guna toilet jenuh juga kan :p

Siapa lagi kita boleh bagi tips yer? Cer korang komen :)

Antara pekerja yang tidak sesuai kita nak bagi tips adalah cashier. Cashier pasaraya ke, cashier fast food ke, cashier kedai apa-apalah memang tak sesuai bagi tips. Kalau kita bagi lebih pun dapat kat kedai/ pasaraya tu, tak dapat pun pada pekerja.

Ini cerita bagi tips jer tau. Sedekah lain ceritanya, jangan dilupa juga :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269