Salam ...
Sapa kat sini pernah tengok video apple rose puff? Video yang ramai sangat share tu lah. Macam senang jer kan bila tengok video tu. So, BW pun nak try juga lah :)
Untuk step buat puff epal bunga ros ni, BW follow exactly macam dalam video tu. Nampak ajer macam senang. Tapi tak senang mana lah. Ada yang jadi cantik, ada yang ado sajer bunga ros nya :)
BW gunakan gula perang untuk buat apple roses puff ni. Actually boleh guna madu, jem, peanut butter, coklat atau apa sahaja yang kita suka. Cuma kalau guna gula perang macam BW ni kenalah letak sikit ajer. Kalau terlebih gula perang, bila dibakar ianya akan mencair dan puff akan kurang rangup.
Bahan-Bahan;
- Puff Pastry Sheet
- Epal (Dihiris Tipis)
- Gula Perang
Cara-Cara;
1. Potong kepingan puff pastry menjadi panjang seperti gambar.
2. Epal pula dihiris tipis. Pastikan ianya tipis tau supaya mudah digulung.
3. Taburkan gula perang diatas puff pastry dan susun hirisan epal diatasnya.
4. Gulungkannya dan ianya akan menjadi seperti bunga ros.
5. Bakar pada suhu 180 darjah cecius selama 15-20 minit.
Rasa sayang pula nak makan bunga ros ni. Walaupun bunganya tak cantik mana kalau nak compare dalam video tu, sayang juga nak makan kan. Anak-anak pula tak sabar nak makan. Pantang sungguh kalau baking makanan yang cantik-cantik ni, diorang memang tak sabar nak makan, tunggu jer oven berbunyi ;)
Kepada yang nak tengok video cara buat puff epal bunga ros ni, boleh lah search 'apple roses' di youtube yer. Ada juga yang taburkan gula kastor diatasnya supaya nampak lebih cantik dan menyelerakan.
Dari segi rasa pula memang sedap lah. Anak-anak dan encik suami pun suka. Yer lah, guna puff pastry sheet ready made ajer, mestilah sedap. Ditambah pula dengan epal dan gula perang, dah macam apple pie pun ada kan :)
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

![]() |
Puff epal bunga ros yang telah siap digulung. |

Cara-cara menggulung puff epal bunga ros. |
![]() |
Sebelum dan selepas dibakar. |
![]() |
Jemput tengok semua ;)~ |