Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Drama Korea Tema Sejarah. Historical Korean Drama

$
0
0
Salam ...

Siapa kat sini peminat drama Korea? Sila angkat tangan, kita geng :) BW start terpengaruh dengan drama korea yang lagha ni sejak first year di uni.

Drama Korea Tema Sejarah. Historical Korean Drama. Drama Korea Bertemakan Sejarah Top Best. Top Historical Korean Drama Best
Historical Korean drama pertama yang BW layan :)

Tahun pertama tak ada internet kat hostel, masing-masing beli CD, share dan tukar-tukar. Tahun ketiga dah ada internet, keraplah mendownload di mirc. Adik-adik yang muda remaja mesti tak tahu apa tu mirckan :)

Drama Korea ni, bukan semua lah drama yang BW layan. Suka tengok drama dan movie yang ada unsur lawak dan yang bertemakan sejarah. Kalau drama yang sedih cintan semata memang tak syok langsung nak layan :p

So, berbalik kepada historical Korean drama. Antara drama historical pertama yang BW tengok ialah jewel in the palace @ dae jang gum. 54 episod tau. Kalau sekarang 54 episod senang-senang jer tengok kat youtube ke viki ke. Tapi dulu jenuh nak mendownload. Satu episod dipecah kepada 5-6 siri, jenuh mendownload beratus-ratus siri.

Selain jewel in the palace, banyak lagi lah historical Korean drama yang BW dah tengok. Antaranya, time slip dr. jin, faith @ the great doctor, the moon embracing the sun, syungkwan scandal. Memang layanlah historical drama korea ni, sebab bukan cinta semata kan.

Historical drama ni yang bagusnya sebab tak ada lah kiss melampau bagai. Semuanya pun berpakaian sopan ajer. Even gisaeng / pelacur pun berpakaian sopan. Tapi drama la ni, heroin pakai seksi dah macam gisaeng pun ada :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269