Salam ...
Moh kita masak ayam masak merah. Sesuai dimakan dengan nasi beriyani, nasi tomato dan pelbagai lagi nasi special. Makan dengan nasi putih pun sedap juga. Resepi ayam masak merah sambal simple sedap untuk adik-adik yang baru belajar memasak.
Untuk jadikan ayam masak merah ni sedap dan rasa agak sedikit berbeza dengan sambal ikan bilis, haruslah tambahkan halia didalam cili blend dan tambahkan sos cili kedalam masakan. Simple kan? :)
Bahan-Bahan;
- 1/2 Ekor Ayam (Dipotong)
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Besar (Dihiris)
- 3 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Sudu Besar Gula Perang
- Garam Secukup Rasa
Bahan Kisar;
- 20 Tangkai Cili Kering
- 2 Biji Bawang Besar
- 2 Biji Bawang Kecil
- 4 Ulas Bawang Putih
- Seinchi Halia
Cara-Cara;
1. Ayam dipotong, dibersihkan dan digoreng separa garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan gula perang, hirisan bawang dan sos cili kemudian kacau rata.
4. Masak sehingga sambal pecah minyak dan masukkan ayam goreng.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
6. Masak lagi seketika kemudian tutup api.
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

![]() |
Ayam masak merah / sambal, my feveret :) |

Kali ini BW makan dengan nasi tomato dan sup cendawan. Klik Sini untuk resepi nasi tomato. Klik Sini untuk resepi sup cendawan. |
![]() |
Zoom sikit ;)~ |