Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang

$
0
0
Salam ...

Apa dessert korang untuk hari ni? Kalau cuti-cuti tekak memang asyik terasa nak makan manis ajer. Moh kita buat puding coklat. Simple dan senang untuk disediakan. Ramai sangat share video puding coklat ni kat fb, teringin pula nak buat :)

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang. Cara Buat Puding Coklat Milo Sedap. Resepi Mudah Chocolate Milo Pudding
Puding milo coklat simple senang :)~

Actually stok coklat kat rumah ada sikit ajer, itu pun coklat yang kita makan bukan coklat masakan atau coklat compound pun. Stok serbuk koko pun dah habis, so BW tambahkan milo didalamnya. Asal boleh jer lah kan, bukan nak jual pun :)

Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Susu Cair
- 1/2 Bar Milk Chocolate
- 1/2 Cawan Milo
- 2 Sudu Tepung (Membukit)
- 1/2 Cawan Gula
- Sedikit Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Panaskan susu hingga sedikit mendidih.
2. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air.
3. Masukkan kedalam susu dan masak hingga pekat.
4. Masukkan coklat, milo, esen vanilla dan gula.
5. Sentiasa kacau rata supaya tidak hangus.
6. Setelah masak, masuk kedalam bekas.
7. Simpan fridge 6 jam atau semalaman.

Kalau ada gelatin halal kat rumah lagi best lah. Tak perlu masukkan banyak tepung. Puding yang BW buat ni agak cair / lembek. Kalau ditambah gelatin, lagi best sebab puding jadi keras sedikit.

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang. Cara Buat Puding Coklat Milo Sedap. Resepi Mudah Chocolate Milo Pudding
Tuang puding coklat kedalam bekas.

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang. Cara Buat Puding Coklat Milo Sedap. Resepi Mudah Chocolate Milo Pudding
Ni rupa puding coklat yang dah ready nak masukkan dalam fridge.
Bila nak makan nanti taburkan milo diatasnya kay.

Terlupa nak snap gambar bila dah keluar dari fridge. Anak-anak tak sabar nak makan. Taburkan milo diatasnya lebih cantik dan sedap. Atau masukkan kedalam mangkuk yang lain, kemudian baru lah taburkan milo.

Sewaktu panas dan masih cair, sedap dimakan cicah roti dan lempeng. Klik Sini untuk resepi ringkas lempeng. Kalau nak makan begitu sahaja, sedap dimakan bila dah simpan fridge semalaman.

Actually BW tak follow pun cara buat macam dalam video yang di share tu. Buat ikut suka ajer ni. bahan-bahan pun ikut apa yang ada di dapur. Ni namanya dessert asal ada ajer :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269