Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Resepi Kacang Merah Besar & Cara Buat Baked Beans

$
0
0
Salam ...

Sebelum ni dah pernah share bubur kacang merah, Klik Sini. Yang tu BW guna kacang merah kecil-kecil. Kali ni nak masak kacang merah yang besar dan panjang bentuknya tu. Kalau korang suka makan kacang merah dalam tin dan baked beans dalam tin tu, inilah kacangnya :)

Kacang merah my feveret :)~

Nak masak kacang merah saiz besar ni mestilah kena ada pressure cooker. Kecuali kalau korang jenis penyabar teramat, bolehlah guna periuk biasa. Teringat first time masak kacang merah ni guna periuk biasa sahaja. Lamanyalah nak masak, last sekali terlupa sampai hangit bahagian bawah jadinya :)

Bahan-Bahan;

- Kacang Merah
- Gula Pasir
- Daun Pandan
- Air Secukupnya

Cara-Cara;

1. Basuh kacang merah hingga bersih dan rendam semalaman.
2. Masukkan kacang merah kedalam pressure cooker.
3. Masukkan daun pandan dan gula, tutup rapat.
4. Masak selama 30-40 minit.
5. Biarkan sejuk baru hidang.

Mesti guna pressure cooker kay. Kalau tak berjanggutlah nak tunggu masak :)

Sirap bandung kacang merah feveret semua :)

Sirap bandung kacang merah memang feveret semua kat rumah. BW dan encik suami suka, anak-anak lagilah suka. Masukkan ais, kacang merah dan air bancuhan sirap bandung. Nyum~

Untuk buat baked beans pula senang ajer. Hanya gunakan kacang merah yang telah direbus tadi. So, mudah ajer lah stepnya, hanya masukkan sos tomato.

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Kacang Merah
- 3 Susu Besar Sos Tomato
- 3 Sudu Besar Air

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan kedalam kuali.
2. Kacau rata dan masak hingga kuah mendidih.
3. Tutup api dan masukkan kedalam balang.
4. Masukkan kedalam fridge semalaman.

Baked beans yang dah ready untuk diperap semalaman.

Selain minum dengan sirap bandung sedap juga di buat ais kacang, Klik Sini dan cendol, Klik Sini. Makan begitu sahaja pun sodap :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269