Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Resepi Roti Milo Gulung Ala Cinnamon Roll

$
0
0
Salam ...

Sape kat sini suka makan cinnamon roll? BW pernah rasa cinnamon roll di Cinnabon. Tak ada lah suka sangat makan cinnamon roll tu, maybe sebab tekak ni tak suka cinnamon ditambah dalam makanan manis kot.

Roti milo gulung a.k.a milo roll :)

So untuk roti gulung ala-ala cinnamon roll tu, BW gunakan milo. Bila ditambah milo, sure anak-anak berselara nak makan. Ni ala-ala jer namanya kay, rupa pun yang ado jer, memang jauh panggang dari api kalau nak compare dengan roti cinnabon tu :p

Untuk buat roti milo gulung a.k.a milo roll ni, korang kenalah ada mood rajin meroti. Sebab leceh sikit lah, nak kena guna roller, bila time potong pula, comot jadinya. Baru jer meroti, Klik Sini. Ni dah meroti lagi. Sebabnya BW kan guna sukatan 1/2 pack. So stok tepung roti dan stok yis ada lagi separuh, meroti lagi lah nampaknya :)

Leperkan doh, sapukan butter kemudian taburkan gula perang dan milo.

Bahan-Bahan;

- 1/2 Kg Tepung Roti
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 2 Sudu Besar Butter
- 2 Sudu Besar Susu Tepung
- 2 Sudu Besar Gula
- Secubit Garam
- Air Secukupnya

Bahan Tambahan;

- Milo
- Butter
- Gula Perang
- Krimer Pekat

Cara- Cara;

1. Masukkan tepung, yis, susu, garam, gula kedalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung dan uli.
3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
4. Masukkan minyak dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
5. Biarkan doh mengembang menjadi dua kali ganda saiznya.
6. Tekan doh untuk keluarkan angin dan leperkan menggunakan roller.
7. Sapukan butter, taburkan gula perang dan milo diatasnya.
8. Tuangkan sedikit krimer pekat kemudian gulungkannya.
9. Potong menjadi enam ketul dan letakkan diatas loyang.
10. Bakar pada suhu 180 celcius selama 30-45 minit.

Tuangkan sedikit krimer pekat, gulung dan potong.

Sebelum dibakar.

Selepas dibakar.

Kalau tangan korang berseni, maybe roti korang lebih cantiklah kot. Disebabkan tangan BW ni tak berseni, jadilah mill roll yang ado ajer, yang penting habis dimakan kan, rupa tolak tepi :p

Untuk resepi-resepi roti yang lain, Klik Sini.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269