Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Hari Kantin 2016 Bananana @ Esplanade Alamanda Putrajaya

$
0
0
Salam ...

Ini cerita pagi tadi. Kami ke Alamanda Putrajaya. My dotter berdua tu nak pergi Hari Kantin Bananana yang diadakan di area kolam Esplanade shopping mall Alamanda.

Hari Kantin 2016 Banana @ Esplanade Alamanda Putrajaya.

Apa yang ada di Hari Kanti Bananana ni? Ada booth makanan lah, nama pun hari kantin kan. Ada juga persembahan dari pelajar sekolah. Untuk persembahan, banyak jugalah sekolah yang join. Kita boleh nampak ramai pelajar-pelajar dengan costume yang pelbagai. Tapi panas lah, kami tengok sekajap ajer, lepas tu masuk semula dalam mall.

Untuk membeli makanan yang ada dijual di booth-booth pula, kita kena beli kupon. Mimimum kupon yang boleh dibeli RM10. Tapi tak banyak sekolah yang join. Adalah 10 gerai ajer. Itupun 2 darinya, gerai Bananana. Apesal lah tak ramai sekolah yang join. Hurmmm ...

Baru sampai terus beratur depan badut nak kan belon :)

Dapat pun belon 'love' puas hati dah lah :)

Selfie dengan Boboiboy, Yaya, Gopal dan Ying.

Bergambar dengan props pelajar sekolah yang nak buat persembahan :)

Lagi selfie dengan maskot. Awang khenit, badang dan shasa super squad.

Bergambar dengan pelajar sekolah yang tengah tunggu turn nak buat persembahan.

Selain ada hari kantin di area esplanade, ada juga booth promosi Boboiboy di tengah mall. Seronoklah budak berdua ni. Ada pertandingan mewarna dan game susun puzzle di booth Boboiboy.

Pentas Boboiboy. Time tak ada pengacara, boleh lah sesuka hati naik pentas :)

Bobiboy dan yaya.

Sibuk nak bergambar dengan patung Boboiboy kuasa tiga.
Bila suruh bergambar dengan maskot, bukan main takut lagi dia ;)

Overall, tak lah meriah mana Hari Kantin Bananana ni. Tak lah semeriah Karnival Upin & Ipin, Klik Sini. Tapi, best lah, BW memang suka kalau tak meriah sangat, senang nak pusing, taklah bersesak-sesak :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269