Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Resepi Udang Masak Paprik Campak-Campak

$
0
0
Salam ...

Menu campak-campak untuk adik-adik. Resepi udang masak paprik. Actually sama ajer macam masak resepi Lala Masak Paprik, Klik Sini. Cuma gantikan lala dengan udang sahaja :)

Udang masak paprik.

Resepi dibawah ni untuk dua orang makan sahaja. Ataupun sekadar lauk tambahan sahaja. Kalau makan ramai-ramai memang tak cukup :)

Bahan-Bahan;

- 1/4 Kg Udang Sederhana
- 1 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Sudu Besar Sos Tomato
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- 1 Sudu Besar Kicap
- 1/2 Biji Bawang Holand (Dihiris)
- 1 Batang Serai Diketuk
- 1 Sudu Besar Minyak Masak
- 5 Tangkai Cili Merah
- 5 Helai Daun Limau
- 1 Biji Limau Kasturi
- Air Secukupnya
- Garam Secukup Rasa

Cara-Cara;

1. Udang dibersihkan dan direndam air asam untuk hilangkan hanyir.
2. Panaskan minyak masak dan tumis cili bawang blend hingga naik bau.
3. Masukkan serai, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap kedalamnya.
4. Masukkan hirisan bawang holand dan udang yang ditos, kacau rata.
5. Masukkan daun limau, cili merah dan perahkan limau kasturi didalamnya.
6. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa, kacau sebati kesemuanya.
7. Masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

Masak campak-campak ajer, siap :)

Selamat Mencuba!

Bagi  penggemar masak lemak pula, boleh Klik Sini untuk resepi Udang & Ketam Masak Lemak.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita) 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269