Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Resepi Lamb Chop / Steak Kambing Sos Cendawan

$
0
0
Salam ...

Hari ni nak share resepi lamb chop / lamb steak feveret encik suami. Apa beza lamb chop dengan lamb steak? Bagi BW yang tak arif bab daging ni, sama ajerlah, dua-dua pun kambing yang dibakar ;)

Lamb chop / lamb steak dengan sos cendawan.

Semalam dah share resepi brawn sauce yang diolah menjadi sos cendawan, Klik Sini. Resepi tu BW follow rancangan Dapur Bujang Western channel HyppInspirasi. So, tak perlu dah kot nak type kat sini lagi. Korang boleh Klik Sini untuk resepi penuh mushroom sauce yang sangat simple dan senang menggunakan kombinasi sos-sos dipasaran sahaja :)

Daging kambing yang telah diperap, dibakar diatas pan.

So, jom kita sediakan daging kambing pula. Hanya perlu perap sekurang-kurangnya setengah jam ataupun perap semalaman kemudian bakar. Mudah sangat :)

Bahan-Bahan (Lamb);

- Mutton Shoulder Slices
- Sedikit Garam
- Sedikit Black Pepper
- Sedikit Mix Herbs
- Sedikit Minyak Masak

Cara-Cara (Lamb);

1. Perap kamping dengan semua bahan selama 30 minit atau semalaman.
2. Grill atas non stick pan sehingga masak kedua-dua bahagian.
3. Hidangkan bersama spaghetti, salad dan sos cendawan.

Hidangkan bersama spaghetti dan salad.

Untuk spaghetti pula, BW just goreng spaghetti ala-ala spaghetti aglio olio tu, tapi tak letak pun seafood bagai, just spaghetti kosong ajer. Walaupun simple tapi mengenyangkan :)

Tuangkan mushroom sauce diatasnya.

Untuk side dishes tu, boleh letak apa sahaja yang korang suka ataupun letak apa sahaja yang ada di dapur, sendiri punya menu, ikut suka lah kan. Nak makan begitu sahaja pun ok juga :)

Kalau korang tak berapa suka makan kambing, boleh lah cuba Chicken Chop, Klik Sini dan Chicken Grill, Klik Sini.  

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269