Salam ...
Bila lah mood rajin berblogging macam dulu nak masuk dalam badan ni? Ingatkan bila dah hilang muntah pening mood berblogging datang lah seminggu sekali ke. Ni sebulan sekali pun rasa macam berat nak menaip ;)
Hari ni nak share pengalaman sendiri. Mengandung kali ni BW disahkan ada ovarian cyst. Sebelum ni BW memang dah tahu lah pasal ovarian cyst ni sebab ada my friend yang cerita pengalaman dia buat minor surgery buang cyst sewaktu kandungan masuk trisemester kedua. Buat surgery masa pregnant? Ngeri kan statement ni. Bila first time doktor cakap kat BW, "awak ni ada ovarian cyst", memang cuak lah dalam hati masa tu.
Actually kandungan kali ni adalah kandungan keenam, walaupun bila lahir nanti dikira anak yang kelima. Sebab kandungan ketiga dulu, BW mengalami pendarahan dan keguguran. Sedih sangat. tak ada rezeki time tu. Kalau tak, boleh lah tutup kilang lebih awal.
Masa mengandung anak keempat yang lepas, BW start checkup lambat. BW sangka kandungan baru masuk empat bulan. Tapi rupanya, bila scan, doktor sahkan kandungan dah masuk lima bulan. Memang terkejut sebab BW tick calender setiap kali datang bulan. Cuma period terakhir just tiga hari sahaja. So, doktor sahkan hari yang BW sangka last period tu sebenarnya adalah pendarahan. Lagi lah terkejut. Nasib baik kandugan tak apa-apa dan baby membesar dengan normal.
So, kali ni BW check up awal. Dah macam mengandung anak pertama lah pulak, check up seawal 9 minggu. Masa tu lah doktor sahkan BW ada ovarian cyst sebesar 3cm X 3cm. Cuak kot masa tu. Tapi doktor cakap jangan risau, kita pantau dulu, kalau membesar baru lah merbahaya untuk kandungan.
Start dari hari tu BW pun google lah tips nak kecutkan ovarian cyst. Kebanyakan tips adalah makan peria, tapi tips ni tak boleh diguna pakai untuk ibu mengandung. So, BW just amalkan minum pati delima. Tapi bila dah tiga kali scan tak ada perubahan pun, saiz cyst masih sama, BW stop amalkan pati delima tu. BW just amalkan pemakan seimbang dan elakkan makanan yang tak sihat.
Bermula dari kandungan 9 minggu sampailah sekarang dah masuk 30 minggu, memang banyak kali kena buat ultrasound scan. Buat masa ni dah buat 8 kali ultrasound scan. 3 scan yang pertama, memang saiz ovarian cyst masih ditahap yang sama 3cm X 3cm. Scan seterusnya barulah mengecil dan mengecil. Masa ni doktor cakap jangan risau, sebab biasanya ovarian cyst akan hilang dengan sendirinya bila baby membesar. Alhamdulillah, scan kali ke 8 tu confirm ovarian cyst dah tak ada.
Nanti bila kandungan masuk 36 dan 37 minggu ada lagi 2 ultrasouand scan yang perlu dibuat. First time kena scan banyak kali macam ni tau. Ultrasound scan lepas ni lebih kepada nak decide method of delivery, sama ada nak VBAC (Vaginal Birth After Caesarean) atau C-Sect (Caesarean Section). Bila doktor tanya, BW just jawab nak decide nanti, nak tengok kedudukan baby dulu. Scan terakhir, baby masih lagi songsang/ breech. Macam biasa lah, berharap sangat baby akan pusing dan dalam kedudukan normal sebab nak VBAC. Tapi kalau still breech juga, terpaksa lah czer/ c-sect.
Kepada yang mengalami situasi yang sama, disahkan ada ovarian cyst dengan saiz kurang dari 5cm, jangan risau. Just jaga pemakanan dan doa banyak-banyak supaya cyst tu mengecut dan tak twist. Dan pastikan check up berkala jangan skip. Tapi kalau cyst tu membesar atau memang dah besar dari awal, atau cyst tu twist menyebabkan kita rasa sakit, better dapatkan nasihat doktor, sebab cyst tersebut akan mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan. Boleh baca artikel dari Doktor Zubaidi berkaitan ovarian cyst ketika hamil, Klik Sini.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

![]() |
Ovarian Cyst @ Ovary with Cyst |