Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Cara Buat Sapuan Coklat Homemade Chocolate Spread Simple Senang Sedap

$
0
0
Salam ...

Hari ni BW nak share cara buat homemade chocolate spread. Atau pun bahasa melayunya sapuan coklat, eh ada ke orang panggil sapuan coklat? Hihi macam skema jer bunyinya. Kalau area utara diorang panggil jem koko. Jom buat sendiri, senang ajer.

Coklat spread yang mudah lagi sedap ;)

Walaupun banyak dipasaran, tapi kalau anak dah ramai tu, better buat sendiri. Berbaloi sangat-sangat. Hanya perlukan dua bahan ajer, coklat compound dan susu segar.

Bahan-Bahan:

- 200g Coklat Compound
- 100ml @ 50ml Susu Segar

Cara-Cara:

1. Campur semua dan masak secara double boiler.
2. Masukkan dalam bekas kaca dan biarkan sejuk.
3. Tutup bekas dan simpan dalam fridge.

Hanya campurkan coklat compound dan susu segar sahaja.

Tips Tambahan:

1. Kalau nak guna coklat spread ni untuk sapu pada roti dan biskut  dan cornflakes, masukkan kan 100ml susu segar, so coklat tu sedikit cair mudah nak spread kan dia.
2. Kalau nak guna coklat spread untuk hias atas brownies ke congo bars ke, kek marble coklat ke, masukkan hanya 50ml susu segar sahaja, supaya ianya lebih pekat.

Buat sendiri ni jimat berganda tau. Kalau beli siap biasanya +- RM10 sebekas. Kalau kita beli coklat compound yang 1kg tu boleh dapat 5 bekas. Coklat compound harga tak sampai pun RM20. Biasa BW guna coklat compound Beryls. Kadang-kadang guna coklat compound Le Bourne. Dua-dua ni made in Malaysia. Support product Malaysia gitew ;)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 269