Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Boikot Starbuck, Coca-Cola, Colgate, McDonald

$
0
0
Salam ...

Jom Boikot Starbuck, Coca-Cola, Colgate, McDonald. Demi rakyat Palestin, demi Jerusalem, demi Baitul Magdis

Boikot Starbuck, Coca-Cola, Colgate, McDonald. Boikot produk Israel Yahudi
Dah lama dah boikot.

Tapi kenapa boikot empat jer? Kita kan manusia biasa, mustahil nak boikot semua. So kita boikot yang memang terbukti sumbang banyak dana ke israel. Yang empat ni memang PPIM sarankan kita boikot, boleh Klik Sini.

Boikot Starbuck, Coca-Cola, Colgate, McDonald. Boikot produk Israel Yahudi
Boikot semua produk coca-cola.

Ada banyak lagi produk Israel yang kita perlu boikot. Kita boikot mana yang mampu. Kalau tak nak boikot diam-diam sudah. Jangan sibuk asyik nak pertikai ajer.

Alhamdulillah BW dah lama boikot Starbuck. Kadang-kadang tergugat iman juga dengan promosi diorang, yer lah frappucino sedap giler kot. Tapi bila bayangkan rupa rakyat palestine yang teraniaya, terus nekad boikot.

Colgate dah lama tak beli. Banyak dah ubat gigi muslim dipasaran, ubat gigi mukmin, ubat gigi halagel dan lain-lain. Coca-cola product pun dah lama boikot. Banyak lagi minuman lain. Bak kata PPIM, tak mati pun tak guna empat produk ni.

Boikot Starbuck, Coca-Cola, Colgate, McDonald. Boikot produk Israel Yahudi
Boikot McD

McD ni BW goyang-goyang sikit. Sebab suka burger dan minuman mccafe. Lagipun ada rasa kesian kat pekerja mcd Malaysia. Lepas ni BW nak tegaskan mind supaya boikot mcd. Harap kali ni berjaya, sama macam boikot Starbuck. Go BW go.

Di PPIM, hanya empat produk diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's.

"Kita kenal pasti hasil jualan produk-produk ini menyumbang kepada tabung Yahudi."

"Rakyat juga tidak mati jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Jika tak mampu menderma untuk Palestine, boikot/ hentikan pembelian barangan penyokong israel. Jika tak mampu boikot semua, boikotlah apa yang kita mampu.


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Trending Articles