Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Resepi Kulit Tart Rangup. Cara Buat Tart Shell

$
0
0
Salam ...

Tadi dah cerita misi membuat kulit tart, Klik Sini. Kali ni nak share resepi dan cara buat kulit tart yang rangup pula.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Kulit tart rangup, sedap dimakan begitu saja :)~
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi kulit tart ni BW just guna resepi asas biskut, Klik Sini. Cuma untuk buat kulit tart BW tak guna mixer hanya guna tangan sahaja, so buttercup tidak terlalu kembang dan tepung pun kurang sedikit. Dan doh tart pula perlu disimpan dalam fridge supaya lebih rangup.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Bahan-Bahan;
kulit tart rangup. tart shell sedap
- 1 Biji Buttercup (250g)
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 33/4 Cawan Tepung Gandum
- 1 Biji Telur (Gred A)
- 3/4 Cawan Gula Castor
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
kulit tart rangup. tart shell sedap
Cara-Cara;
kulit tart rangup. tart shell sedap
1. Pukul buttercup bersama gula kastor menggunakan senduk sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan telur kedalamnya,  pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan secawan tepung naik sendiri bersama tiga cawan tepung gandum.
4. Uli menggunakan tangan sahaja. Uli hingga sebati kesemuanya.
5. Masukkan tepung gandum terakhir sedikit demi sedikit, uli lagi.
6. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
7. Masukkan doh kedalam bekas kedap udara dan simpan fridge semalaman.
8. Bulat-bulat doh dan leperkan kemudian letak dalam acuan tart yang digris.
9. Tekan doh menggunakan jari, tekan sehingga kulit tart menjadi tipis.
10. Doh yang terkeluar dari acuan tart hanya perlu tekan guna jari hingga tanggal.
11. Susun dalam loyang dan lubangkan kulit tart menggunakan garpu.
12. Bakar pada suhu 180 celcius selama 10 hingga 20 minit.
13. Biarkan kulit tart sejuk kemudian terbalikkan acuan tart untuk keluarkannya.
14. Sejukkan lagi kemudian susun dalam balang.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Untuk dapatkan kulit tart yang rangup haruslah simpan doh di dalam fridge sekurang-kurangnya 4-6 jam. Seelok-eloknya simpan semalaman. Doh yang telah disimpan semalaman dalam fridge lebih wangi dan lebih rangup bila siap dibakar.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Doh disimpan dalam fridge semalaman.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Bulatkan doh, leperkan dan masukkan dalam acuan tart.
Tekan doh menggunakan jari sambil pusing-pusing.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Doh yang telah siap disusun dalam loyang.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Lubangkan doh menggunakan garpu.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Kulit tart separa masak dibakar selama 10 minit.
Sesuai untuk tart cheese dan tart telur.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Kulit tart yang rangup dibakar selama 20 minit.
Sesuai untuk tart buah dan tart coklat.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Cara keluarkan kulit tart, hanya perlu terbalikkan acuannya.
Jika kulit tart korang melekat pada acuan, just cungkil guna lidi.
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Setelah kulit tart sejuk, simpan kedalam bekas kedap udara.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Kulit tart boleh dibakar hingga garing ataupun separa garing. Kulit tart separa garing sesuai untuk tart yang perlu dibakar semula seperti tart telur dan tart cheese. Manakala kulit tart yang garing sesuai untuk tart buah dan tart coklat kerana tidak perlu dibakar semula. Kulit tart yang garing juga sedap dimakan begitu saja ;)
kulit tart rangup. tart shell sedap
Selamat Mencuba!
kulit tart rangup. tart shell sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
kulit tart rangup. tart shell sedap

Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Trending Articles