Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Baka Tidak Menipu. Plastik Surgery Makeup Tipu.

$
0
0
Salam ...

Lately ni BW layan satu rancangan realiti Let Me In dari Korea. Punyalah dahsyat penangan plastik surgery, daripada tak cantik jadi cun giler. Dahsyat tahap potong tengkorak muka jadi runcing. Yang join rancangan Let Me In pun dahsyat juga, ada yang sanggup buat loan ahlong kot, untuk datang uji rupa rancangan Let Me In ni.

Suami cerai dan saman isteri gara-gara anak hodoh. Suami saman isteri kerana anak tidak cantik comel
Gara-Gara Plastik Surgery.

BW juga tertarik dengan cerita Suami Saman Isteri Gara-Gara Lahirkan Anak Hodoh. Erm, plastik surgery boleh menipu pandangan mata kita, tapi baka tidak menipu. Penipuan jangka panjang ni.

Dipetik dari Sinar Harian ...

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.


Suami saman isteri selepas lihat wajah tanpa makeip. Suami saman isteri rupa hodoh tanpa makeup
Gara-Gara Pandai Makeup.

Lagi satu cerita yang menarik perhatian BW, Suami Saman Isteri Kerana Terkejut Dengan Rupanya Tanpa Makeup. Makeup pun boleh menipu mata kita macam plastik surgery juga, cuma yang ni penipuan jangka pendek.

Dipetik dari Sensasi ...

Seorang lelaki bertindak menyaman isteri yang baru dikahwininya atas alasan penipuan, trauman dan penderitaan psikologi setelah melihat wajah sebenar isterinya tanpa mekap buat pertama kali.

Pagi selepas perkahwinannya, lelaki tersebut mendakwa dia terkejut melihat muka natural isterinya. Menurut lelaki tersebut, dia ditipu oleh mekap tebal wanita tersebut sebelum perkahwinan.

"Dia berkata isterinya kelihatan sangat cantik dan mempersonakan sebelum perkahwinan. Tetapi apabila dia bangun di waktu pagi dan isterinya pergi membasuh muka, dia terkejut muka isterinya sangat lain sehingga dia menyangka isterinya itu seorang pencuri".

Lelaki terbabit menyaman isterinya RM58,000.

Kepada semua perempuan diluar sana, especially yang belum berkahwin. Jangan la pula teringin nak buat kosmetik surgery ni, haram wey.  Dan juga, jangan la suka makeup over-over sampai jadi lain muka tu. Biarlah bersederhana, supaya kita akan jumpa pasangan yang sederhana juga, yang boleh terima kita seadanya.

Kepada lelaki-lelaki yang belum berkahwin dan terlampau memilih rupa, nak yang cantik comel perfect, kalau korang terkena macam kes atas ni, padan muka. Hahaha :p

Jom layan salah satu episod rancangan realiti Korea, Let Me In ...



Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269