Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Adakah Blogger Juga Menghakimi Blogger Yang Lain

$
0
0
Salam ...

Salam jumaat buat semua. Topik sembang santai untuk hari ni. Seperti yang kita maklum, manusia memang suka menghakimi. Dalam berblogging pun ada yang menghakimi. Adakah blogger juga menghakimi blogger yang lain?

Sekadar Hiasan. Adakah Blogger Juga Menghakimi Blogger Yang Lain. Renungan Bersama Di Hari Jumaat
Sekadar Hiasan

First of all, nak tanya siapa reader blog korang? Adakah rakan-rakan office mate, sedara mara, jiran tetangga korang tu readers korang? Kalau yer, pernah tak korang dengar dia mengutuk blog korang ke, menyindir korang ke? Lumrah manusia, especially yang saling mengenali suka menghakimi.

Antara persepsi biasa mereka-mereka yang tak ada blog kepada mereka-mereka yang ada blog.

1. Blog Resepi

"Eleh resepi bongok macam tu pun nak upload". "Nak menunjuk pandai masak la tu". "Nak show off set pinggan mangkuk dia la tu". "Buat malu jer blogging guna pinggan free".

2. Blog Travel

"Show off sangat, travel 3 hari blogging sampai 3 bulan". "Setakat travel dalam Malaysia pun nak blogging". "Siap tunjuk kos semua, ingat orang lain tak mampu ke".

3. Blog Makanan

"Makan kat gerai pun nak blogging ke". "Eleh makan kat restoran mewah sekali sekala jer pun, tu pun nak blogging". "Blogging siap tunjuk bill, nak menjuk ke apa".

4. Blog Cerita Anak

"Nak tunjuk anak dia comel la tu asyik upload gambar anak dia". "Nak tayang satu dunia agaknya yang anak dia bijak pandai". "Asyik-asyik cerita anak dia ajer, macam lah comel sangat anak dia".

5. Blog Tazkirah

"Hari-hari upload tazkirah, macam baik sangat". "Tazkirah diri sendiri dulu la, sibuk nak blogging tazkirah orang". "Aku tengok dia tu tak baik mana, poyo sangat nak tazkirah orang lain".

Dan macam-macam jenis lagi blog yang ada, yang serba serbi tak kena di mata sesetengah orang. Biasanya inilah kata-kata atau sindiran negatif dari orang-orang yang mengenali kita dan membaca blog kita. Normally mereka-meraka ni akan kutuk di status FB mereka. Tapi adakah blogger juga menghakimi blogger yang lain?

Orang yang tak ada blog, agak normal la kalau mereka-mereka ni menghakimi orang yang berblogging. Tapi, kalau blogger sendiri pun menghakimi blogger lain, "paroh mung paroh".

Biasanya blogger lebih memahami blogger yang lain. Sebab tujuan kita sama. Sekadar nak berkongsi maklumat. Sekadar simpanan untuk masa depan. Sekadar berkongsi cerita. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Sekadar nak ingat mengingati. Sekadar suka-suka. Masing-masing nak dapatkan visitors dengan target keyword masing-masing.

Blog Buat Wanita ni sendiri, readers tergolong dari rakan-rakan blogger dan juga silent readers yang tidak mengenali secara real life siapa penulisnya. So, setiap kali ada status-status negatif  tentang blogging dari rakan-rakan di FB, sikit pun tak sentap. Sebab my frenz tak tahu kewujudan my blog :p

Enjoy jer lah berblogging kan. Buat jer apa pun entry yang kita suka, walaupun orang lain tak suka. Sebagai blogger janganlah kita menghakimi blogger yang lain. Sama-samalah kita support each other dan kunjung mengunjung sesama kita ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269