Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Support Coklat Buatan Malaysia. Coklat Alfredo

$
0
0
Salam ...

Apa coklat kegemaran korang? My feveret satu family coklat cadbury. Tu dulu la, sebelum kecoh ada lemak babi tu. Sekarang cam was-was. So, asyik la mencuba coklat tempatan. Kali ni kami cuba coklat Alfredo.

Coklat Alfredo. Made In Malaysia.

Coklat tempatan pilihan BW, coklat Beryl's, Klik Sini. Beli coklat untuk kek biskut pun beli coklat compound brand Beryl's. Yang Alfredo ni encik suami beli, nak cuba katanya. Dia beli di KL Central, so harga agak mahal sikit kot kalau compare kedai luar.

Alfredo gold RM8 sekotak.

Coklat Alfredo Gold sekadar coklat sahaja. Sekotak hanya ada enam biji. Dari segi tekstur coklat tu memang lain sikit la, lebih rich coklatnya kot. Tak reti la nak explain. Hanya kaki coklat jer kot yang pandai bezakan jenis-jenis coklat ni. BW tahu makan ajer :p

Alfredo Assortment. RM4 sekotak.

Antara dua ni BW suka yang Alfredo Assortment la. Rasa yang ni macam coklat Beryl's ajer. Ada tiga pilihan coklat didalamnya, milk, dark dan white chocolate. Dan ada tiga jenis inti, kismis, badam dan hazelnut. Sejibik macam Beryl's. Boleh la beli lagi pasni ;)

Tapi rasa coklat ni sudah semestinya tidak setanding rasa Cadbury dan coklat-coklat import yang lain. Dulu pantang ada sesiapa offer coklat import memang laju la. Dan pantang nampak offer Cadbury memang grab la. Rasa coklat Cadbury dan coklat import memang sedap lain dari lain.

Tapi sejak ambil kisah halal haram ni, kalau tengok coklat import jer, sure baca ingredients dulu. Kalau import tu dari Korea ke Jepun ke, sure tak beli sebab tak paham tulisan, tak boleh nak baca ingredients. Dan semenjak Cadbury kecoh dengan lemak babinya, dah stop membeli.

Teringat kisah kuih bulan. My chinese friend tanya, pernah makan kuih bulan tak? BW jawab la, pernah yang halal punya. Dia kata, "oh yang halal punya tak sedap". Bila ingat cerita ni terus suspicious dengan coklat-coklat yang sedap sangat macam Cadbury dan coklat import. Tapi dah ber bar-bar coklat tu masuk dalam perut ni ha :p

So, lepas ni support coklat buatan Malaysia yang ada tanda halal Jakim lah. Walaupun ada sesetengah kata, jangan percaya sangat dengan Jakim. Tapi, takkanlah kita nak pergi cek kilang sendiri kot ;)

Sama-samalah kita ingat "Mencari Yang Halal Itu Fardhu"

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Trending Articles