Salam ...Cerita hujung minggu. Minggu ni kami ke Pusat Penghayatan Alam Putrajaya. Tak sangka pula, seronok juga pusat ni. Macam-macam ada kat sini. Ini first time kami masuk Pusat Penghayatan Alam ni.
![]() |
Model tak berbayar ;) |
Actually kami dah ke Putrajaya minggu lepas. Time tu plan nak tengok Festival Lampu. Kami datang sabtu malam tapi hampa sebab hujan, lampu tak on. Kami lepak dulu di Alamanda, sampai pukul 11.00 malam still hujan, so balik rumah sahaja. Janji dengan anak-anak datang lagi minggu depan. So, kami ke Pusat Penghayatan Alam.
![]() |
Berkonsepkan alam lah kan ;) |
Pusat Penghayatan Alam ni terletak dalam kawasan Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya. Pusat ni dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali Isnin. Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti sekolah dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Masuk adalah percuma.
Percuma tau. Tu yang tak sangka best tu. Ingatkan dalamnya ala-ala muzium cincai ajer. Sebelum ni pernah masuk Muzium Alam Semulajadi, yang tu kena bayaran masuk seringgit dua, tapi dalamnya yang hado, hidup segan mati tak mahu gitew
Klik Sini. Tapi Pusat Penghayatan Alam di terjaga rapi.
![]() |
Boboy berdua ni kalau bawa berjalan kamcing pula :) |
Pusat Penghayatan Alam Putrajaya terbahagi kepada tiga aras. Aras utama terdapat ruang pameran. Bahagian luarnya pula ada cafe dan ruang pameran statik.
Aras bawah ada cineplex, hidden depth dan corridor walk. Corridor walk ni anak-anak suka sangat la. Aquarium lampu katanya. Kat lantai ada ikan yang bergerak, so semangat la masing-masing mengejar ikan tu ;)
Aras atas pula ada ruang edutainment, pusat sumber, sudut info dan pelantar tinjau. Bahagian atas ni cerah sikit, anak-anak suka la berlari. Si kakak dua orang tu pula suka la dapat main game dan baca buku.
![]() |
Ni di aras utama, dalam ruang pameran, agak gelap. |
![]() |
Antara 'aquarium lampu' yang diorang suka ;) |
![]() |
Mural yang sangat cantik. |
![]() |
Ni pula di bahagian aras atas, terang benderang. |
![]() |
Area sudut info dan tasik buatan :) |
![]() |
View dari pelantar tinjau. |
![]() |
Si baby pula selfie di bahagian luar, ruang pameran statik. |
Kepada ibu ayah yang dah kekeringan idea nak bawa anak bercuti dan ronda-ronda, bolehlah pergi ke Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland, Putrajaya. Kami datang sini tengah hari, petang baru balik tau. Sebab anak-anak seronok, kalau boleh diorang nak pusing dua kali semua tempat. Lagipun ada surau dan cafe, boleh la stay lama sikit ;)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)