Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Cara Pulangkan / Return Barang Di Lazada Malaysia

Salam ...

Siapa kat sini suka beli di Lazada? Kita geng. Beli kat Lazada berbaloi juga, certain-certain barang harganya lebih murah dari kedai ;)

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Pulangkan Barang Di Lazada. Cara Return Produk Di Lazada. Borang Lazada Manual Return Form. Return Barang Di Lazada Malaysia
Bungkus semua sekali termasuk manual return form.

Beli di Lazada ni ikut nasib. Kadang-kadang barang yang kita beli tu sampai condition ok, kadang-kadang tak ok. Tapi tak per, ada customer guarantee bila beli di Lazada. So, kita boleh pulangkan / return semula barang tu di Lazada.

Kali ni, BW beli Trio waffle maker tapi nasib kurang baik. Seller send barang macam reject jer, semuanya longgar. Tapi tak apa. Kita return semula dan minta ganti. Kita boleh pilih sama ada nak return atau refund tau. Kalau nak return pun boleh pilih nak return dengan barang yang sama atau barang yang lain.

Tapi bukan semua barang boleh pulangkan kot. Kalau nak tahu lebih lanjut kena check di Lazada Help Center lah. Tapi barang BW ni jenis yang boleh dipulangkan semula. Lagipun bila barang sampai ajer terus buka dan cek. Bila tengok agak longgar connector dan lock waffle maker tu, BW terus call Lazada.

Lazada akan send pada kita manual return form. Boleh juga kalau nak isi borang online. Tapi borang online kena tunggu dalam dua hari kot, kena tunggu sehingga status barang kita tu shipped, barulah ada button return pada order kita. Kalau nak cepat guna borang manual ajer.

Pastikan bungkus sekali Lazadanya manual return form dalam bungkusan barang. Masukkanlah semuanya sekali jangan ada yang tinggal tau termasuk warranty card. Kemudian boleh lah terus pos di mana-mana pos center yang kita suka.

Lazada akan pulangkan semula caj pos tu tau. Contohnya kalau kita guna Pos Laju, kita kena emailkan gambar resit bayaran pos sekali dengan tracking number. Kena bagi maklumat no akaun bank untuk Lazada pulangkan semula caj pos tu.

Kalau nak senang, boleh hantar ke mana-mana MBE (Mail Boxes Etc). Free jer. Tapi make sure fotostat dulu manual form tadi satu copy untuk bagi pada staff MBE. Jangan lupa ambil nombor tracking yer.

Poskan ke alamat dibawah:
E-Cart Services Malaysia Sdn. Bhd.
Return Department, Block B,
Lot 36545, Jalan TS6/1,
Taman Perindustrian Subang,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Lepas tu kenalah call Lazada untuk bagi tracking number. Nanti staff Lazada akan update. Proses ni ambil masa lebih kurang seminggu untuk kita dapatkan barang ganti. Macam kes BW, lapan hari setelah barang di pos ke Lazada, barulah dapat yang baru. Bergantung pada seller juga la kot, kalau seller tu respond Lazada lambat, lambat lah kita dapat barang return.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Pulangkan Barang Di Lazada. Cara Return Produk Di Lazada. Borang Lazada Manual Return Form. Return Barang Di Lazada Malaysia
Bungkus kan dan pos ke E-Cart Services.

Yang penting services di Lazada memang cepat. Nampak gambar thums up tu. Tu thumbs up untuk Lazada. Kepada sesiapa yang beli barang di Lazada tapi dapat barang macam reject jer, jangan bising complaint kata Lazada itu ini. Itu bukan salah Lazada, salah seller yang tak bertanggunjawab.

So, tanggungjawab kita sebagai pengguna buat report dan return pada Lazada supaya pengguna lain tak dapat barang reject yang sama. BW masih tak serik lagi nak beli di Lazada ni tau ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Trending Articles