Quantcast
Channel: Buat Wanita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 269

Pengalaman Bersalin Induce Dan Suntikan Epidural

$
0
0
Salam ...

Semalan dah cerita penglaman bersalin normal anak pertama, Klik Sini. Kali ni nak cerita pengalaman anak kedua pula. Lain anak, lain pengalamannya. Perkongsian cerita ni khas untuk bakal ibu-ibu muda.

My Second Baby - April 2011

Anak yang kedua lahir pada usia kandungan 36 minggu, awal sebulan dari tarikh due. So, macam tak sangka baby keluar awal sangat kan time tu. Untuk bersalin kali kedua ni BW still pilih Hospital Putrajaya, sebab dah pernah bersalin kat sini, kemudahan yang ada di sini macam hosital private juga :)

On that thay, BW takleh tidur malam. Entah la, kepala rasa macam stress. Dalam pukul 5.00 pagi rasa macam contraction. Tapi sebab malamnya tak tidur, so pagi tu walaupun ada rasa sakit contraction sikit, tapi tertidur juga. 7.00 pagi pula ada keluar cecair yang agak banyak, macam air kencing, tapi cecair tu jernih dan tak berbau. Lepas cuci-cuci dan mandi, minta encik suami urutkan pinggang dan tertidur lagi.

Bangun tengah hari, sakit contraction makin bertambah. Tapi still ada hati makan lagi tau walaupun sakit. Walaupun dah sakit contraction, BW still tak nak ke hospital lagi, padahal encik suami dah banyak kali ajak. Teringat-ingat sakit bersalin anak pertama time tu. Teringat setiap kali kena check bukaan, sakit akan bertambah-tambah teruk. So, kali ni BW plan nak pergi lambat sikit, supaya tak kena check bukaan banyak kali.

Akhirnya pukul dua lebih, BW pun setuju nak ke hospital. Encik suami drop BW dengan hospital untuk check up dan hantar my first dotter pada my kakak. Bila check up, rupanya dah 'show'. 'Show' tu medic-term, keluar lendir atau darah. Yang tadi BW cerita keluar air macam air kencing tu la rasanya 'show'. So, terus masuk labor room sambil kena advise sikit sebab datang lambat ke hospital :p

Bila nak masuk labor room tu nurse tanya, nak dia tolakkan guna kerusi roda tak? BW kate takpe boleh pergi sendiri. Walaupun ada rasa sakit contraction, tapi sakit macam senggugut biasa aje. Tak sakit mana la bagi BW. Bising la nurse-nurse dalam labor room tu bertanya, "Eh betul ke puan ni yang nak bersalin, elok je boleh berjalan macam tak sakit" :)

Masuk aje labor room terus call encik suami. Time tu nurse suntik induce. Sambil tu nurse siap terangkan, kalau baby tak keluar dalam masa setengah hari selepas induce, kena operation. Dia siap tanya la, puan ada makan tak hari ni. Memang baru makan pun sebelum datang hospital. Sebenarnya bila kita ada rasa contraction, jangan makan apa-apa, sebab risau terjadi sesuatu pada kandungan, operation kena dijalankan. Dan risiko pada si ibu jika operation dijalankan selepas si ibu baru sahaja makan. Tapi BW tak rasa cuak pun time tu, sebab BW tak tahu dan tak aware pasal induce ni, ingatkan nurse tu sekadar bebel-bebel je :p

Untuk pengetahun korang ibu-ibu muda, bersalin induce tu adalah bersalin normal sebenarnya, tapi secara paksa. Suntikan yang diberikan pada kita tu untuk memaksa supaya bukaan menjadi besar. Ini pun bergantung pada nasib, ada yang cepat bukaannya membesar, ada juga yang bukaan tak besar pun walaupun dah induce lama.

Berbalik pada cerita, hampir sejam selepas induce terus rasa contraction yang teruk. Terbayang-bayang sakit bersalin anak pertama. Terus call nurse untuk ambil suntikan epidural. Kebetulan time tu pakar epidural ada disitu. So, terus dapat suntikan epidural. Sebelum tu, nurse akan bagi pemplet pasal epidural la, suruh kita baca dan kalau kita nak juga ambil epidural kena sign surat kay.

Epidural ni suntikan tahan sakit yang tidak merbahaya, yang disuntik di tulang belakang kita. Tiada kesan sampingan kepada si ibu mahupun si anak. Ada yang kata epidural akan menyebabkan kita sakit tulang belakang. Tapi itu semua mitos, sait tulang belakang yang dialami tu disebabkan oleh kita membawa perut yang besar selama sembilan bulan tiada kaitan dengan epidural. Cuma, perlu diingat, kalau suntikan yang dibuat tersilap especially kalau yang suntik tu doktor tak berapa nak pakar atau kita tak reti diam time doktor pakar suntik, kesannya sangat dahsyat, lumpuh satu badan tau.

Berbalik pada cerita lagi, walaupun BW dah tahu kesan suntikan tersilap suntik epidural, tapi dek kerana takut dengan sakit yang teramat, takut jadi macam bersalin anak pertama, BW sanggup ambil risiko. Time tu contraction yang dahsyat dah rasa dah, tapi BW berusaha tegakkan badan, tak bergerak time doktor pakar suntik epidural. Cuak tau, takutnya kalau tersilap suntik. Alhamdulillah setengah jam lepas tu hilang semua rasa sakit contraction yang teramat tu.

Time tu BW sembang-sembang aje dengan encik suami. Tak rasa takut pun dengan 'induce' sebab tak tahu apa-apa kan. Walaupun nurse dah warning berkali-kali, kalau baby tak keluar sampai malam ni, kena operation. Tapi BW tak rasa bahaya pun. Inilah masalahnya kalau kita tak aware pasal kebarangkalian bersalin secara paksa ni. Setengah jam selepas hilang rasa sakit, tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar, tapi tak dapat dikenalpasti keluar dari mana sebab dah kena epidural kan, memang tak ada rasa sangat la.

BW pun panggil nurse "nurse, saya rasa macam ada sesuatu yang keluar, saya terbuang air besar kot, sorry" Bila dah masuk labor room, kita tak boleh nak kemana-mana walaupun pergi toilet dalam labor room tu. Nak kencing ke berak ke kena panggil nurse. Sebab tangan kita dah kena cucuk sana-sini. Bila BW cakap macam tu, nurse tu kata "takpe puan, biaslah". Dia pun datang la dengan segala alatan nak cuci najis kononya, tapi bila check, terus dia jerit doktor. Sebenarnya yang BW rasa terkeluar tu bukanlah sebab terbuang air besar, tapi kepala baby dah keluar. Patutlah sangat dinasihatkan bersalin tanpa ambil sebarang ubat tahan sakit. Disebabkan tak ada rasa sakit langsung, kita tak sedar pun kepala baby dah keluar.

Dan disebabkan tidak ada rasa sakit langsung juga, proses meneran amatlah susah. Berkali-kali teran, susahnya nak keluar. Serious tak sama dengan bersalin anak pertama. Bersalin anak pertama, disebabkan sakit yang teramat amat sangat, BW teran sekuat hati, terus keluar. Tapi kali ni, disebabkan tak rasa sakit langsung, teran berkali-kali tak keluar juga. Kepala baby keluar masuk, keluar masuk akibat kita teran tarik nafas dan teran. Sampai dah tak ada tenaga. Nurse pun bagi warning, puan kena teran sekuat hati walaupun dah tak larat, nanti baby puan lemas dalam kandungan. Tersu cuak time tu, rasa macam nak nangis. Dah tak ada tenaga dah nak meneran. Akhirnya teran juga sekuat-kuatnya sebab taut baby lemas. Alhamdulillah baby selamat dilahirkan, dengan berat 2.75kg. Arisya nama diberi :)

Selesai baby dimandikan dan diiqamatkan, encik suami pun disuruh tunggu diluar. Mulalah proses menjahit luka dibawah. Kali ni tak rasa apa-apa dek kerana epidural. Selepas lebih enam jam bersalin pun still tak rasa sakit, BW gerak macam biasa, terlupa yang diri ni baru bersalin dek kerana epidural. So, bersalin kali kedua ni, adalah bersalin paling tak sakit. Rasa sakit sikit dan sekejap ajer. Rasa cuak pun tak ada sebab tak aware pasal 'induce' ni. So, kepada sesiapa yang nak bersalin kena aware segala macam kemungkinan dan kaedah bersalin tau, google banyak-banyak kay.

Untuk kali ni, BW still pilih wad yang ada empat orang selepas bersalin. Walaupun bilik single lebih selesa, ada attach toilet dan ada TV, tapi BW still pilih bilik empat orang. Sebab teringat-ingat masuk bilik yang single anak pertama dulu, kesakitan dan ketakutan :p

Best juga pilih wad yang ada empat orang, kita boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain. Ada yang lebih dahsyat pengalaman diorang. Pengalaman BW ni tak seberapa kaau nak dibandingkan, Alhamdulillah, syukur sangat.
Lilypie Kids Birthday tickers

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 269